Thursday, August 28, 2008

suka-suka hati



Best Tau dapat makan rambutn free. Rugi Korang tak ikut...boleh kenal hero panjat pokok lak tu (spiderman telok datok) hehe....

Friday, August 15, 2008

Syaaban

PANGGILAN SYAABAN
Pejam celik kita telah pun memasuki bulan Syaaban (bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah). Bulan Islam yang banyak kelebihan. Semoga kita berada di kalangan orang-orang yang bersyukur.
ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN :

1. Memperbanyakkan puasa sunat.
Saidatina Aisyah berkata:
“ Nabi Muhammad S.A.W. telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Melazimi Berzikir dan Berdoa
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.” (Riwayat Baihaqi). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Doa merupakan otak kepada ibadat”. (Riwayat at-Tarmizi). Saidatina Aisyah berkata: “Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah SWT (berzikir kepada Allah) setiap masa”. (Riwayat Muslim).

3. Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah S.W.Twahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Malam Nisfu Syaaban adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Allah S.W.T menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan”.
(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Allah S.W.T mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah”.
(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban”.

Berkata Imam Ghazali:
“Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban”.

Semoga kita bersama-sama memanfaatkan bulan kurniaan Allah S.W.T ini sebaik-baiknya sementara masih lagi bernyawa. Wallahualam...
Mohon maaf atas segala kelemahan yang datangnya dari diri saya sendiri

Wednesday, August 13, 2008

ILMU vs HARTA

ILMU


  • adalah pusaka atau warisan para nabi


  • menjaga dan memelihara kita dalam setiap keadaan


  • bertambah jika selalu digunakan


  • tidak rosak walaupun disimpan lama


  • melembutkan hati pada perkara- perkara yang suci


  • beri manfaat dunia dan akhirat kelak

"PEMILIK ILMU selalu merasakan dirinya hamba ALLAH SWT yang lemah"


HARTA



  • adalah pusaka Qarun


  • kita yang terpaksa menjaga dan memeliharanya

  • berkurangan jika selalu guna


  • rosak jika disimpan lama


  • mengeraskan hati pada perkara yang suci


  • dihisab di dunia namun belum tentu beri manfaat

"PEMILIK HARTA selalu merasakan dirinya hebat"